PROFIL

PROFIL SEKOLAH :

Sejarah Sekolah :-

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, terdapat tiga buah sekolah rendah di Jemaluang, iaitu Sekolah Hwa Chiao, Sekolah Chung San dan Sekolah Chung Heng. Ketiga-tiga buah sekolah telah dibubarkan sewaktu Tanah Melayu di bawah pemerintahan Jepun. Sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua, percantuman Sekolah Chung San dan Sekolah Chung Heng telah diberikan nama Sekolah Jemaluang. Sekolah ini mengandungi enam buah bilik darjah dan sebuah dewan telah dapat dibangunkan di atas tanah seluas lima ekar. Sumber kewangan adalah dari pampasan perang dan derma yang telah disumbangkan oleh segenap lapisan masyarakat tempatan. Selain itu, sebuah bangunan asrama Guru sebanyak 10 buah bilik kediaman juga dibina untuk kemudahan guru-guru yang datang dari pelbagai daerah mahupun negeri.

Visi Sekolah :-
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Misi Sekolah :-
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


Matlamat Sekolah :-
SJK(C) Jemaluang akan melahirkan pelajar yang lulus peperiksaan UPSR 80% di samping berjaya dalam bidang Ko-Kurikulum sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan peringkat daerah pada tahun 2012.

Objektif Sekolah :-
- meningkatkan peratus kelulusan UPSR 30% kepada 80%
- meningkatkan tahap keupayaan murid dalam bidang Ko-Kurikulum sekurang-kurangnya saguhati dalam pertandingan peringkat daerah.